Sunday, October 16, 2011

My Dream House ( Rumah Idaman Saya)



Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun Enam, murid-murid saya iaitu kelas 6F diminta mereka cipta "Rumah Idaman Saya".  Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.  Bahan-bahan yang boleh digunakan tidak dihad, murid boleh menggunakan bahan kitar semula seperti tin-tin kosong, kotak kertas, warna kertas, besi buruk.  Selain itu, murid saya juga menggunakan kayu, kepingan kayu, batu-batan, tali, tanah liat dan lain-lain bahan untuk menghasilkan "Rumah Idaman" mereka. Hasil kerja amat memuaskan, saya rasa bangga terhadap mereka kerana hasil kerja sangat cantik dan kreatif!



Gambar-gambar yang dikenangi!

                                                   






Murid sedang berushaha, gunting, gunting, gunting...



 


                                                                       Gunung Palsu pun ada?

 
  Kebun sayur, cantiknya! Macam sayur yang sebenar!
 
 
 
 
 
 
Gelanggang bola! Murid saya semua kaya!
                                                                   







   Taman Bunga yang cantik sekali!













 Projek ini memang sangat besar! Kena menggunakan 4 buah meja untuk meletakkannya! Rumah kecil, tetapi suasana sangat indah.















Projek ini cantik, tetapi mengapa rumah tidak ada bumbung?






















Rumah ini comel, projek hasil daripada sekumpulan murid perempuan.


















Murid-murid menggunakan masa yang panjang untuk menghasilkan projek "Rumah Idaman Saya". Tetapi murid saya dapat membelajari " sikit-sikit menjadi bukit " . Kerjasama ahli kumpulan amat dihargai.

Sunday, October 9, 2011

Wayang Kulit dari Kelas 6F

Kelas 6F telah belajar untuk membuat wayang kulit pada waktu mata pelajaran Kajian Tempatan.  Murid-murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.  Satu kumpulan mempunyai 6 orang murid.  Mereka dibahagikan kerja oleh ketua kumpulan masing-masing untuk menyiapkan bahagian sendiri seperti mereka bentuk patung kulit, mengunting, membuat kotak wayang kulit dan sebagainya.  Kerjasama dari setiap ahli kumpulan amat dihargai.  Murid-murid berasa puas hati selepas membuat persembahan wayang kulit dari kumpulan masing-masing.

Di bawah ialah 4 produk yang dibuat oleh murid-murid saya. 


  Wayang Kulit dibuat dari Kumpulan 1




  Wayang Kulit dibuat dari Kumpulan 2 





 Wayang Kulit dibuat dari Kumpulan 3             





Wayang Kulit dibuat dari Kumpulan 4

  

Monday, October 3, 2011

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN