Saturday, November 26, 2011

Sumber Semulajadi Di Malaysia

Definisi

Sumber semula jadi merujuk kepada sebarang benda yang terbentuk secara semula jadi dan digunakan oleh manusia untuk kehidupan dan kesejahteraannya.  Sumber-sumber semulajadi di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu;

  • sumber mineral
  • sumber hutan
  • sumber laut

Sumber Mineral


Sumber mineral ialah sumber bahanmentah yang perlu digali bagi mendapatkannya sama ada secara pengerudian, perlombongan dan sebagainya.  Terdapat banyak sumber mineral yang terdapat di Malaysia. Sumber mineral yang penting adalah seperti berikut:
  • Petroleum
  • Bijih timah
  • Emas
  • Gas asli
Petroleum

Petroleum merupakan sumber minyak mentah yang terdapat di perut bumi. Petroleum terbentuk dari fosil-fosil hidupan bumi dan memakan masa berjuta tahun untuk membentuk.  Petroleum digali di tengah laut dan juga digali di kawasan daratan di sesetengah tempat.  Hasil tapisan petroleum ialah petrol, diesel, kerosin, tar dan lain-lain.

Pelantar petroleum
 
 Petro untuk kenderaan - Petronas


Bijih Timah
 
Bijih Timah dilombong di kawasan lombong bijih timah. tempat yang popular dengan bijih timah adalah Kinta dan Kuala Lumpur. malaysia memang terkenal dengan hasil bijih timah yang bermutu tinggi. Kaedah yang digunakan untuk melombong bijih timah adalah kapal korek dan mendulang. Bijih timah boleh digunakan untuk menyadur tin, membuat tin aluminium dan mematri alat-alat elektronik.
Bijih Timah

Kapal Korek Bijih Timah


Emas

Malaysia juga kaya dengan pengeluaran emas. Emas sangat beharga dan mahal harganya. Emas digali di kawasan daratan seperti di Kelantan dan Johor. Emas boleh dibuat barang kemas seperti cincin, rantai dan juga perhiasan-perhiasan lain.

Emas
 
Emas yang belum diproses
Gas Asli
 
Gas asli merupakan sumber penting yang terdapat di perut bumi. Cara melombong gas asli adalah sama dengan cara melonbong petroleum. Gas asli digunakan untuk menjadi bahan bakar. Contoh: Gas untuk memasak.


 Tabung Gas


Sumber Hutan

Hutan di Malaysia merupakan hutan jenis hutan hujan khatulistiwa (Tropika) dan dianggap yang tertua di dunia. Bumi Malaysia masih diliputi dengan sejumlah 61 % peratus Hutan Hujan Khatulistiwa. Malaysia mempunyai keluasan hutan kira-kira 77.4 % (20.36 Hektar) daripada jumlah kawasan keseluruhanya.

 Hutan Tropika

Kayu Balak

Ubat Tongkat Ali

Kraftangan dibuat daripada rotan


Sumber Lautan

Malaysia terkenal dengan laut yang biru dan terkenal dengan hasil lautnya. Laut China Selatan seluas 531.1 km persegi memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak, Selat Melaka memisahkan Semenanjung Malaysia dengan Pulau Sumatera, Indonesia dan Selat Teberau memisahkan Malaysia dengan Singapura.

Makanan- udang, ikan, ketam dan lain-lain


Ikan - hasil tangkapan nelayan

No comments:

Post a Comment